Friday, March 27, 2009

Alhamdulillah

Perhimpunan sarat kejutan
Oleh Jalal Ali Abd Rahim dan Nik Sukry Ramli
bhnews@bharian.com.my
berita harian 27hb mac 2009


LIMA penerima anugerah sempena Sambutan Peringatan hari Polis Ke-202 (dari kiri) Inspektor Che Man Che Mat (Kedah), Inspektor Suhaimi Omar (Terengganu), SM halim Malik (Sabah), Koperal Rahman Noordin (Johor) dan Sarjan Mohd Khir Rashid




SAMBUTAN Peringatan Hari Polis Ke-202 bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Rabu lalu, sarat dengan elemen kejutan yang mempamerkan keazaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memerangi jenayah dan menjamin keamanan, keselamatan rakyat serta negara.

Elemen kejutan pertama ditampilkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan apabila mengumumkan usaha untuk menstruktur semula organisasi pasukan di empat peringkat, bermula dari Bukit Aman.


Penstrukturan utama yang kini dalam pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu, adalah mewujudkan dua lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, berbanding hanya seorang yang menjawat jawatan itu ketika ini.

Ia juga membabitkan penambahan jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri dan Timbalan Ketua Polis Daerah.

Musa turut mengumumkan cadangan mewujudkan enam jabatan baru di peringkat Bukit Aman, iaitu tambahan kepada tujuh jabatan sedia ada.


ABDULLAH meneliti kereta peronda baru PdRM model Mitsubishi Evo 10.



Elemen kejutan lain yang dilihat ‘drastik’ dalam usaha mengatasi kepantasan penjenayah atau sesiapa saja yang cuba melarikan diri dari tindakan polis di atas jalan raya, adalah penampilan kereta peronda polis (MPV) baru model Mitsubishi Evolution X (Evo 10).

Sebanyak 25 kereta itu yang dilengkapi sistem C4i (Command, Control, Communication dan Integration) adalah MPV elit yang akan menjadi unit pertama memberikan tindakan balas jika berlaku sesuatu kejadian.

Apa yang menarik, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang hadir pada majlis itu, mengambil kesempatan memandu uji kenderaan itu.

Ketangkasan Perdana Menteri yang ditemani Musa mengendalikan sebuah daripada kenderaan itu yang bernombor pendaftaran WSB 9617 dengan membuat satu pusingan dengan memecut laju, sebelum membelok tajam untuk meletakkan semula kenderaan itu di Dataran kawad Pulapol, menyebabkan hadirin terpegun dan bertepuk tangan.

Difahamkan, MPV itu akan ditempatkan di kawasan berdekatan beberapa lebuh raya kerana keupayaannya memecut laju.

Selain itu, penampilan motosikal berkuasa tinggi model Honda ST 1300 turut mencuri tumpuan hadirin ketika kenderaan itu diperkenalkan.

PDRM dibekalkan 426 buah motosikal itu yang akan digunakan untuk tujuan mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri, selain Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan negara serta penugasan penguatkuasaan Cawangan Trafik PDRM.

Turut mencuri tumpuan pada perhimpunan kali ini, apabila Musa melancarkan dan membacakan sendiri ikrar Ketua Polis Negara yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PDRM, di hadapan Abdullah serta pegawai dan anggotanya.

Ikrar yang menyasarkan agenda membanteras dan menyelesaikan jenayah, memastikan keamanan dan ketenteraman awam, meyakinkan masyarakat kehadiran polis dalam memberikan perkhidmatan dikehendaki serta tidak bertolak ansur dalam segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan untuk memantapkan integriti.

Musa berkata, PDRM akan berusaha memastikan ikrar itu dapat dilaksanakan dengan menugaskan pegawai polis di tempat-tempat yang mempunyai kadar jenayah indeks tinggi bagi memastikan kehadiran mereka digeruni penjenayah.

Dalam perhimpunan kali ini juga, lagu pasukan PDRM yang baru bertajuk ‘Tegas, Adil dan Berhemah’, hasil ciptaan Pengarah Pancaragam PDRM, Superintendan Alina Saad dan liriknya ditulis Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli diperdengarkan.

Musa dalam ucapannya berharap, pegawai dan anggota PDRM lebih komited dan memberikan fokus kepada usaha membanteras jenayah.

Selain itu, strategi pencegahan jenayah lebih bersistematik mesti dilaksanakan dengan lebih agresif termasuk memperkemaskan program Community Policing atau Kepolisan Masyarakat yang terbukti menunjukkan kejayaan membanggakan.

Katanya, melalui Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) yang diperkenalkan dua tahun lalu, sebanyak 92 balai polis komuniti dan 36 pos polis komuniti diwujudkan bertujuan untuk menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat.

Selain pembangunan, logistik dan keupayaan modal insan turut diberikan penekanan. Selepas PS5T diperkenalkan dua tahun lalu, 103 projek dirancang, 12 sudah dilaksanakan, 87 lagi dalam peringkat pelaksanaan, manakala empat projek dibatalkan atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 itu diketuai Pegawai Pemerintah Baris, Deputi Superintendan Shafie Mat Jatim dibantu Asisten Superintendan Mohd Raha Abdul Rauf bersama 102 anggota Kawalan Kehormatan dan pembawa Panji Utama.

Kumpulan detachment pula terdiri daripada 1,996 orang pegawai dan anggota semua jabatan di dalam PDRM, Polis Bantuan, Sukarelawan Polis serta Kadet Sekolah.

Selain itu, seramai 14 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam menerima Anugerah Cemerlang pada perhimpunan kali ini yang disampaikan sendiri Perdana Menteri.

Dua individu daripada dua organisasi turut menerima anugerah ‘Friends of The Police’ sebagai penghargaan sumbangan menaikkan imej dan integriti PDRM.

Sebagai penghargaan kepada pegawai dan anggota yang terkorban dan mengalami kemalangan sewaktu menjalankan tugas rasmi, seramai 27 orang layak menerima bayaran Ex Gratia yang disampaikan Abdullah.

Saturday, March 14, 2009

live like a s**t

ive been transfered to ipk terengganu since 1st February 2009 n since that my life was so terrible... i cant even sleep more than 4hours everyday.... every burden of task going to my head directly just because of im a new guy in ipk... what the f**k... every single function i have to involve as a ajk n every single operational i have to attach... what a wonderfull world... but keep bear in mine... "SIAPA SURUH?" sindri mintak... so moral of the story... keep away from my profession if u want a have a wonderfull life with ur family.... adios...

Friday, December 26, 2008

shit....



it happens again after 4 years never get flu...

Sunday, December 7, 2008

jatuh ditimpa tangga terpijak tahi ayam

1) Pilihanraya kecil DUN Kuala Terengganu pada 17hb Januari 2009 (its on Reunion day)

2) Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ditukarkan ke K.L dan segala beban tugas diletakkan diatas kepala hotak aku sehingga KBSJD yang baru melaporkan diri yang tak tau bile sebab orang tak nak datang ke sini.

3) Raya Haji kat sini seorang diri dengan semua kedai makan tutup kecuali Fast Food

4) Mak telepon ucap selamat Hari Raya

5) Abang telepon tanya tak balik raya ke?

6) Baju raya pakai sensorang je

7) Kalah main futsal dengan team jb

Wednesday, December 3, 2008

Thursday, November 13, 2008


2 dah anak abang aku... aku ni...hmmm....

Thursday, November 6, 2008

kenanganku....

budak2 yg lahir pd thn 80 an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. padahal itu fungsi sbnr, utk
padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm
air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la
pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.

Friday, June 6, 2008

apecrita?

2 ol mai kelik.. wat hapen to minyak? naik 78sen beb... pakat-pakat naik beskal lar skang... waiting till it decrease? musytahhilll....

Wednesday, June 4, 2008

akhirnya...

gigiku telah dicabut setelah (2) bulan menanggung derita kesakitan ini... 4 jam ku berada didalam klinik gigi melakukan pembedahan plastik... huahua...

Tuesday, May 27, 2008

giGiku sakIt lagi...

aduh sakitnya... gigi ini... kene buat m.o.s.. ni aku tanye doktor gigi.. dia cakap minor operation surgery... ntah lah... janji gigiku tengah sakit... kabar-kabarnye kudin ada buat blog untuk rakan-rakan.. silakan bagi aku nama blog tersebut wahai rakan-rakanku...

Friday, May 23, 2008

alop...

welcome back... so sory to all my fren... lam hilang and baru mucul tiba.. very busy.. just came back from pakar judi course at genting... can gamble at casino for 2nd time and quite lucky... waiting 4 sukma in terengganu... mesti ramai awek.

esok kerja lagi

walaupun esok hari jumaat dan sedia maklum bahawa hari jumaat adalah hari cuti diterengganu... akan tetapi aku masih bekerja esok hari... huhu sedihnya... esok kena bagi ceramah kat sekolah plak.. minggu disiplin.. teringat aku kat cikgu disiplin aku yang bernama JJ....

Friday, March 14, 2008

boOriingGgg....


semalam ada mess night kat primula untuk meraikan peg yang kene transfer dari kontinjen terengganu.. how bored that farewell... tuhan je yang tahu.. akupong mencabutkan diriku sebelum fareweel tu abis lagi... orang tua2 nyanyi mana ble angkat.. sampai rumah pukul 2pg. this morning tepat jam 6.30pg, kene kejut plak.. orang panggil pergi ofis.. (oh Polis Sedia Berkhidmat).. dah lah hujan... 3 kerajaan negeri masih belum ditubuhkan. so all police continjent have to standby kalau ada rusuhan..

Sunday, March 9, 2008

my friends wedding...

bag pipe...
rakanku yang lain pulak kawin..
jln bawah pedang... sword barrel if im not mistaken...
pengantin perempuan dijemput....
dari kiri... perlahan... jalan...
baris...baris... sedia...
training lagi...
training kawad pedang..
upacara potong kek...
depan kek..
rakanku sudah kawin..

this is all the pic that i took when my friends wedding... bilelah masa aku pulak...

sambungan n.g wedding

rini ke ni....
kepadamu kekasih hati...
jas, apek achmad, gua n jamil pak tongkol....

election day

the time has come... the important day 4 all political members... the enforcement force... macam biasa... how bad i'm since this 72hours... xbleh balik lagi beb... "MAKAN KERJA, TIDO KERJA" macam moto world cup plak.... last night is the worst time 4 me... kene standby ofis untill 2100hrs, pemantauan ceramah dan pemasangan poster untill 0100hrs, orang bergaduh at 0200hrs untill 0430hrs, bas pengundi nak kelik undi pulok kena pecah at 0530hrs.... just settle this case at 1030hrs... xbreakfast ngan mandi lagi beb... (Luahan Perasaan Seorang Seniman) but whatever happens... work must go on.... Polis Sedia Berkhidmat... Kerna Negri Dan RakyaT....

Saturday, March 8, 2008

n.g wedding

ni bukan nama dia liza speaker ke...
rakan-rakan perempuanku...
priya terhebat...
dambaan wanita..
alhamdulillah

Monday, February 25, 2008

my OCPD on penamaan calon day


how do my OCPD look like? on penamaan calon day with a lot of pressure on his shoulder.. not becouse of his weight of rank label (on his appolette) but this is Terengganu with a lot of political problem...