Friday, March 27, 2009

Alhamdulillah

Perhimpunan sarat kejutan
Oleh Jalal Ali Abd Rahim dan Nik Sukry Ramli
bhnews@bharian.com.my
berita harian 27hb mac 2009


LIMA penerima anugerah sempena Sambutan Peringatan hari Polis Ke-202 (dari kiri) Inspektor Che Man Che Mat (Kedah), Inspektor Suhaimi Omar (Terengganu), SM halim Malik (Sabah), Koperal Rahman Noordin (Johor) dan Sarjan Mohd Khir Rashid




SAMBUTAN Peringatan Hari Polis Ke-202 bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Rabu lalu, sarat dengan elemen kejutan yang mempamerkan keazaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memerangi jenayah dan menjamin keamanan, keselamatan rakyat serta negara.

Elemen kejutan pertama ditampilkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan apabila mengumumkan usaha untuk menstruktur semula organisasi pasukan di empat peringkat, bermula dari Bukit Aman.


Penstrukturan utama yang kini dalam pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu, adalah mewujudkan dua lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, berbanding hanya seorang yang menjawat jawatan itu ketika ini.

Ia juga membabitkan penambahan jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri dan Timbalan Ketua Polis Daerah.

Musa turut mengumumkan cadangan mewujudkan enam jabatan baru di peringkat Bukit Aman, iaitu tambahan kepada tujuh jabatan sedia ada.


ABDULLAH meneliti kereta peronda baru PdRM model Mitsubishi Evo 10.



Elemen kejutan lain yang dilihat ‘drastik’ dalam usaha mengatasi kepantasan penjenayah atau sesiapa saja yang cuba melarikan diri dari tindakan polis di atas jalan raya, adalah penampilan kereta peronda polis (MPV) baru model Mitsubishi Evolution X (Evo 10).

Sebanyak 25 kereta itu yang dilengkapi sistem C4i (Command, Control, Communication dan Integration) adalah MPV elit yang akan menjadi unit pertama memberikan tindakan balas jika berlaku sesuatu kejadian.

Apa yang menarik, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang hadir pada majlis itu, mengambil kesempatan memandu uji kenderaan itu.

Ketangkasan Perdana Menteri yang ditemani Musa mengendalikan sebuah daripada kenderaan itu yang bernombor pendaftaran WSB 9617 dengan membuat satu pusingan dengan memecut laju, sebelum membelok tajam untuk meletakkan semula kenderaan itu di Dataran kawad Pulapol, menyebabkan hadirin terpegun dan bertepuk tangan.

Difahamkan, MPV itu akan ditempatkan di kawasan berdekatan beberapa lebuh raya kerana keupayaannya memecut laju.

Selain itu, penampilan motosikal berkuasa tinggi model Honda ST 1300 turut mencuri tumpuan hadirin ketika kenderaan itu diperkenalkan.

PDRM dibekalkan 426 buah motosikal itu yang akan digunakan untuk tujuan mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri, selain Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan negara serta penugasan penguatkuasaan Cawangan Trafik PDRM.

Turut mencuri tumpuan pada perhimpunan kali ini, apabila Musa melancarkan dan membacakan sendiri ikrar Ketua Polis Negara yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PDRM, di hadapan Abdullah serta pegawai dan anggotanya.

Ikrar yang menyasarkan agenda membanteras dan menyelesaikan jenayah, memastikan keamanan dan ketenteraman awam, meyakinkan masyarakat kehadiran polis dalam memberikan perkhidmatan dikehendaki serta tidak bertolak ansur dalam segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan untuk memantapkan integriti.

Musa berkata, PDRM akan berusaha memastikan ikrar itu dapat dilaksanakan dengan menugaskan pegawai polis di tempat-tempat yang mempunyai kadar jenayah indeks tinggi bagi memastikan kehadiran mereka digeruni penjenayah.

Dalam perhimpunan kali ini juga, lagu pasukan PDRM yang baru bertajuk ‘Tegas, Adil dan Berhemah’, hasil ciptaan Pengarah Pancaragam PDRM, Superintendan Alina Saad dan liriknya ditulis Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli diperdengarkan.

Musa dalam ucapannya berharap, pegawai dan anggota PDRM lebih komited dan memberikan fokus kepada usaha membanteras jenayah.

Selain itu, strategi pencegahan jenayah lebih bersistematik mesti dilaksanakan dengan lebih agresif termasuk memperkemaskan program Community Policing atau Kepolisan Masyarakat yang terbukti menunjukkan kejayaan membanggakan.

Katanya, melalui Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) yang diperkenalkan dua tahun lalu, sebanyak 92 balai polis komuniti dan 36 pos polis komuniti diwujudkan bertujuan untuk menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat.

Selain pembangunan, logistik dan keupayaan modal insan turut diberikan penekanan. Selepas PS5T diperkenalkan dua tahun lalu, 103 projek dirancang, 12 sudah dilaksanakan, 87 lagi dalam peringkat pelaksanaan, manakala empat projek dibatalkan atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 itu diketuai Pegawai Pemerintah Baris, Deputi Superintendan Shafie Mat Jatim dibantu Asisten Superintendan Mohd Raha Abdul Rauf bersama 102 anggota Kawalan Kehormatan dan pembawa Panji Utama.

Kumpulan detachment pula terdiri daripada 1,996 orang pegawai dan anggota semua jabatan di dalam PDRM, Polis Bantuan, Sukarelawan Polis serta Kadet Sekolah.

Selain itu, seramai 14 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam menerima Anugerah Cemerlang pada perhimpunan kali ini yang disampaikan sendiri Perdana Menteri.

Dua individu daripada dua organisasi turut menerima anugerah ‘Friends of The Police’ sebagai penghargaan sumbangan menaikkan imej dan integriti PDRM.

Sebagai penghargaan kepada pegawai dan anggota yang terkorban dan mengalami kemalangan sewaktu menjalankan tugas rasmi, seramai 27 orang layak menerima bayaran Ex Gratia yang disampaikan Abdullah.

10 comments:

Moderator SSI said...

tahniah beb!
kan betul wa ckp kt bwh tuu..

Feeqaishak said...

kalau la cgu2 kat ssi yg kenal n ingat ko lg sure bangga bile dpt tau anak muridnya berjaya camni..anyway tahniah!trus berkhidmat dgn cemerlang yer..

Anonymous said...

salam..
congrats bro!!!
tumpang bangga s'kali...

$@m said...

thank you very much guys... din ape yang lu cakap kat bawah tu?

jemm said...

agak bahaya skop tugasan ko..
whatever just take care ya!!!

rad said...

Disebabkan aku ni ketinggalan ketapi jd akulah org yg terlambat nak ucapkan tahniah kat ko.....

arte said...

Pak polisi..Tahniah bro..

Azealea Dz said...

bangga aku tgk ko paling hensem+ghairah dlm pic tu...hehehe

ShizKassim said...

sam, post laa kad kawen ko..

Blogger said...

Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

More than 160 000 women and men are trying a simple and SECRET "liquid hack" to burn 1-2lbs each and every night while they sleep.

It is effective and works on anybody.

This is how to do it yourself:

1) Go grab a drinking glass and fill it with water half full

2) Now learn this strange hack

you'll be 1-2lbs skinnier as soon as tomorrow!